Rasulullah s.a.w bersabda :
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ اِلاَّظِلُّهُ: اِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ اِذَاخَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُوْدَ اِلَيْهِ وَرَجُلاَنِ تَحَاباَّ فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَافْتَرَقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ فِى خَلْوَةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ اِلَى نَفْسِهَا فَقَالَ اِنِّى أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ.
"7 golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat
yaitu hari yang tidak ada sebuah naungan padanya selain daripada naungan
Allah; di antaranya ialah:
1. Pemerintah (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Rab-nya.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan
berpisah untuk mendapat keredaan Allah
5. Orang yang dibujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu
dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”,
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat
Jalal dan sifat Jamal Allah."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah ) Semoga kita semua termasuk dari salah satu golongan tersebut...(amin)